2,112 kes pulih Covid-19 hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini mencatatkan empat angka kes baharu Covid-19 iaitu 1,212 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 65,697 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 10,578 kes.

“Dukacita terdapat tiga kes kematian hari ini menjadikan kumulatif kes kematian sebanyak 360 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi jumlah kes sembuh hari ini, sebanyak 2,112 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 54,759 kes.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: