X

Kindly register in order to view this article
!

Maqis rampas susu tanpa permit bernilai hampir RM2 juta

Maqis Pulau Pinang merampas susu bernilai hampir RM2 juta di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Jumaat lalu.
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 191,500 kilogram (kg) serbuk susu bernilai hampir RM2 juta pada Jumaat lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, susu jenis 'instant fat filied milk powder' itu dirampas di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini kerana tidak mematuhi syarat permit import.

Menurutnya, dalam pemeriksaan pada jam 5.45 petang itu, Maqis Pulau Pinang menahan tujuh buah kontena dari Ireland dan Belanda.

Kontena membawa muatan susu tepung dipercayai dari Ireland dan Belanda.
Kontena membawa muatan susu tepung dipercayai dari Ireland dan Belanda.

"Pemeriksaan pada kesemua kontena mendapati terdapat 7,660 peket serbuk susu yang tidak mematuhi syarat ditetapkan pada permit import Maqis.

"Semua serbuk susu bernilai hampir RM2 juta itu dirampas," katanya menerusi kenyataan tadi.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, Maqis sentiasa menjalankan pemeriksaan setiap keluaran pertanian yang masuk dalam negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang diimport mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan makan, bebas daripada perosak dan penyakit serta halal untuk dimakan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!