Budak lelaki terperangkap dalam kereta

Anggota bomba berjaya memujuk mangsa untuk menekan butang tingkap kereta sebelum diselamatkan.
Anggota bomba berjaya memujuk mangsa untuk menekan butang tingkap kereta sebelum diselamatkan.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam sebuah kereta yang diparkir di kawasan perumahan di Tingkat Paya Terubong 4, Taman Terubong Indah, Air Itam di sini tengah hari tadi.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Noor Zahidi Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia setahun empat bulan terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Bezza milik bapanya.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.50 tengah hari daripada ibu mangsa dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta bapanya berjaya diselamatkan dalam kejadian tengah hari tadi.
Kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta bapanya berjaya diselamatkan dalam kejadian tengah hari tadi.

"Ketika kejadian, ibu bapa mangsa berada di luar kereta dalam keadaan enjin masih dihidupkan.

"Anggota dibantu bapa mangsa kemudian memujuk kanak-kanak berkenaan untuk menekan butang tingkap kereta tersebut.

"Tidak lama selepas itu, mangsa menekan butang tingkap dan kita berjaya menyelamatkannya. Operasi hanya mengambil masa 10 minit tanpa sebarang kerosakan pada kereta," katanya.

Artikel Berkaitan: