Peniaga akan pindah di lokasi sementara

Gobind ketika turun padang meninjau mangsa terlibat semalam.
Gobind ketika turun padang meninjau mangsa terlibat semalam.
A
A
A

PUCHONG - Peniaga di Uptown Puchong Permai yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada pagi semalam akan dipindahkan di lokasi sementara bagi membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, buat masa ini, pihaknya meminta semua peniaga yang terjejas supaya dapat menyenaraikan jumlah kerugian yang dialami mereka bagi membolehkan bantuan kilat disalurkan kepada mangsa terlibat.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mencuba sedaya upaya menyalurkan bantuan tersebut dengan kadar segera bagi membantu meringankan beban mangsa terlibat.

No Image Caption

"Saya minta buat sementara ini semua peniaga dapat bersabar dan dapat senaraikan jumlah kerugian mereka bagi membolehkan bantuan kilat disalurkan selepas ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 200 lot kedai Uptown Puchong Permai hangus

Difahamkan sebanyak 200 lot kedai terjejas dan musnah dijilat api dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 pagi itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan bahawa punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik bomba malah tiada unsur jenayah dapat dikaitkan buat masa ini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dalam pada itu, mengulas mengenai permintaan peniaga yang ingin kekal beroperasi di tapak berkenaan selepas ini, Gobind berkata pihaknya akan membawa perkara itu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk perbincangan lanjut mengenai perkara itu.

"Namun, kita juga perlu menunggu laporan forensik bomba terlebih dahulu supaya punca sebenar kejadian dapat diketahui.

"Benda yang paling penting di sini adalah berkaitan keselamatan jadi kita kena lihat aspek itu dengan teliti supaya permasalahan ini tidak berulang pada masa hadapan," katanya.

Tambah Gobind, selepas semua laporan diterima, pihaknya juga akan mengadakan mesyuarat bersama semua pihak terlibat bagi melihat langkah terbaik yang dapat diambil dalam kes berkenaan.