RUU 355 perlu runding dengan negeri sebelum bentang

Ahmad Marzuk Shaary
Ahmad Marzuk Shaary
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai RUU 355 perlu dirunding dengan negeri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan kerajaan negeri berhubung RUU berkenaan.

“Walaupun RUU 355 merupakan undang-undang Persekutuan, peruntukan-peruntukan di bawahnya berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan undang-undang bertulis yang memperuntukkan kesalahan jenayah syariah.

"Mahkamah Syariah dan undang-undang bertulis ini terletak di bawah bidang kuasa negeri. Oleh sebab itu, adalah wajar dan teratur sekiranya cadangan meminda Akta 355 dirunding dengan negeri-negeri terlebih dahulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) mengenai usaha yang dijalankan setakat ini untuk memastikan pindaan Akta 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan.

Terdahulu, Ahmad Marzuk menegaskan bahawa kerajaan hari ini amat komited dan berhasrat untuk membentangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) atau lebih dikenali sebagai RUU 355.

"Sungguhpun demikian, sebelum ia dibentangkan, beberapa proses penting perlu diteliti dan dilaksanakan terlebih dahulu agar ia dapat digubal serta dibentangkan mengikut tertib dan teratur berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Artikel Berkaitan: