X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota PGA maut: 19 ditahan di Malaysia, empat lagi di Thailand

Hamzah Zainudin
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri hari ini memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 19 orang suspek membabitkan 15 warganegara Malaysia dan empat warganegara Thailand susulan kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia -Thailand yang mengakibatkan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut Selasa lalu.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain itu, pihak berkuasa Thailand juga menahan empat suspek warganegara Thailand termasuk tiga yang cuba mendapatkan rawatan di hospital untuk kecederaan akibat tembakan.

Menurutnya, siasatan awal PDRM mengesyaki kumpulan penyeludup berkenaan menyeludup dadah secara sistem barter dengan pertukaran daun ketum dari Malaysia dan dadah dari Thailand.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

"Kementerian Dalam Negeri sedang merangka plan strategik secara holistik bagi memperkasakan kawalan keselamatan negara selain melibatkan perolehan aset fasiliti bersifat moden dan terkini," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas- Kuala Krai) mengenai perincian berkenaan insiden serangan terhadap dua anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dan langkah terkini kerajaan dalam memperketatkan lagi kawalan sempadan antarabangsa agar sindiket penyeludupan lumpuh sepenuhnya.

Dalam kejadian pada pagi Selasa lalu, seorang anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia -Thailand terbunuh akibat ditembak.

Ketika kejadian kira-kira jam 3.10 pagi, mangsa Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Dalam pada itu, Hamzah turut memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan untuk mengurniakan Pingat Panglima Gagah Berani kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan penyeludup: PDRM atur gerak aset, anggota ke sempadan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PM sedih anggota PGA maut ditembak penjenayah

Lagi anggota PGA ditembak di sempadan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!