RTM tidak bersiaran jika projek Media City tangguh

Saifuddin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
Saifuddin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah hari ini memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak dapat bersiaran sekiranya projek Media City ditangguhkan.

Ini kerana katanya, sebahagian besar peralatan dan sistem yang digunakannya untuk beroperasi ketika ini termasuk dalam skop projek berkenaan.

Menurutnya, sebahagian projek Media City dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) secara konsep bina, pajak, urus dan pindah (BLMT) itu telah siap dan digunakan oleh RTM untuk bersiaran.

“Peruntukan sebanyak RM125 juta untuk Kompleks Angkasapuri adalah untuk membayar sewaan iaitu ‘availability charges’ Projek Media City.

“Skop projek ini ialah memperlengkap bangunan RTM sedia ada dengan peralatan penyiaran baharu dan juga menaik taraf peralatan penyiaran sedia ada daripada format Standard Definition (SD) ke format High Definition (HD),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin berkata, projek Media City itu juga sejajar dengan Projek Pendigitalan Nasional iaitu migrasi TV analog ke siaran TV digital seluruh negara.

Dalam pada itu, katany, perkhidmatan panggilan kecemasan MERS 999 akan diteruskan dan pada masa sama ia akan dimigrasi ke Sistem Next Generation Emergency Services (NG999) yang baharu.

“Sistem NG999 baharu ini akan mengambil kira perkembangan teknologi baharu seperti Artificial Intelligence (AI), Big Data Analytics (BDA), Internet of Things (IoT) dan 5G bagi menghasilkan satu sistem yang lebih mantap, cekap dan berkesan sekali gus menambah baik perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: