Lebih 8 juta pil methamphetamine dirampas di Thailand

Sebanyak 21 karung mengandungi 8.2 juta pil methamphetamine bernilai lebih 400 juta baht ditemui dalam satu serbuan di tebing Sungai Mekong di timur laut Nong Khai. - Foto TNA
Sebanyak 21 karung mengandungi 8.2 juta pil methamphetamine bernilai lebih 400 juta baht ditemui dalam satu serbuan di tebing Sungai Mekong di timur laut Nong Khai. - Foto TNA
A
A
A

NONG KHAI - Lebih lapan juta pil methamphetamine dirampas dalam satu serbuan di tebing Sungai Mekong di timur laut Nong Khai pada Ahad, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Komandan Pasukan Petugas Surasakmontree Mejar Jeneral Boonsin Phadklang berkata, operasi bersama itu dilancarkan berdasarkan maklumat mengenai penyeludupan dadah haram di sempadan Nong Khai.

Menurutnya, ketika melakukan rondaan di sepanjang sempadan pihak berkuasa mengesan sebuah bot melintasi Sungai Mekong dari arah negara jiran menuju ke Thailand pada malam Ahad.

"Kemudian, kira-kira tujuh hingga lapan lelaki dilihat keluar dari sebuah bot dan meletakkan beberapa bungkusan di tebing sungai. Pihak berkuasa cuba memintas bot berkenaan tetapi gagal.

"Sebanyak 21 karung mengandungi 8.2 juta pil methamphetamine bernilai lebih 400 juta baht dijumpai," katanya.

Katanya, dadah itu dipercayai untuk diseludup kepada pengedar di Thailand. - Bernama

Artikel Berkaitan: