Tidak mahu bayar denda hilang MyKad

Muhammad Yazid
Muhammad Yazid
A
A
A

SHAH ALAM - Mahu mengelak membayar denda kehilangan MyKad disifatkan antara punca utama laporan palsu dibuat di Selangor tahun ini setakat semalam.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, polis Selangor setakat ini menerima 72 laporan polis palsu yang dibuat pengadu berbanding tahun lalu yang merekodkan 21 kes sahaja.

"Daripada jumlah itu, sebanyak lima kes diterima sepanjang minggu ini sahaja.

"Mengikut pecahan keseluruhan, 57 laporan dibuat berkaitan kes samun, kemalangan (10), curi (3), culik (1) dan tarik kenderaan (1)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Muhammad Yazid berkata, Polis Selangor menegaskan kepada masyarakat agar tidak sama sekali membuat laporan polis palsu.

Katanya, hal ini kerana ia telah mengganggu tugas pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam penugasan Op Covid-19.

"Kebanyakan pengadu ini dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang sabit salah membawa hukuman penjara enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam kes berasingan, sebanyak 58 kes penipuan e-commerce direkodkan pada tahun ini bagi tempoh 14 Oktober hingga 19 November dengan kerugian mencecah RM524,446.

Artikel Berkaitan:

"Antara kes yang dilaporkan adalah penipuan pembelian barang elektronik secara dalam talian.

"Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang pembelian dalam talian, buat semakan terlebih dahulu agar dapat elak diri daripada menjadi mangsa," katanya.