X

Kindly register in order to view this article
!

Ops Mabuk: 11 saman dikeluarkan babit 83 kesalahan

Sekatan jalan yang dilakukan ketika Ops Mabuk, kelmarin.
A
A

MELAKA TENGAH - Sebanyak 11 saman membabitkan 83 kesalahan telah dikeluarkan sepanjang Ops Mabuk dijalankan di empat lokasi berasingan, kelmarin.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sebanyak 180 kenderaan diperiksa termasuk 105 buah motosikal melibatkan 175 pemandu dalam operasi yang bermula dari jam 11 malam hingga 6.30 pagi itu.

Menurutnya, seorang pemuda yang berusia 28 tahun dan bekerja sendiri ditahan untuk siasatan lanjut kerana memandu di bawah pengaruh alkohol selepas ujian dijalankan.

Katanya, pemandu yang beralamat di Semabok itu didakwa mengikut Seksyen 45(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Ops Mabuk yang dilakukan bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ke tahap minimum lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

“Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kesalahan lain turut direkodkan ialah memandu tanpa lesen sebanyak 18, tidak ikut peraturan (12), ubah suai kenderaan (9) lesen tamat tempoh (6) dan lain-lain lagi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus