Transformasi suasana pembelajaran era Covid-19

No Image Caption
A
A
A

PERUBAHAN suasana pembelajaran dalam sistem pendidikan negara akibat belakunya penularan wabak koronavirus (COVID-19) memberikan kesan yang amat ketara dalam sistem pembelajaran di Malaysia bagi golongan pendidik dan pelajar.

Pengenalan sistem pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai Open Distance Learning (ODL) bukan lagi menjadi perkara baru sebagai kaedah pembelajaran yang digunapakai bagi semua peringkat pengajian. Perubahan kaedah pembelajaran secara ODL ini telah dilaksanakan disemua peringkat dalam sistem pendidikan negara melibatkan sesi pembelajaran kanak-kanak tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah serta mahasiswa diperingkat universiti.

Pembelajaran secara ODL yang dilaksanakan secara atas talian juga selaras dengan Revolusi Industri 4.0, meliputi teknologi automasi yang memberi cabaran kepada semua sektor termasuk sektor pendidikan di Malaysia yang memerlukan perubahan seiring transformasi digital untuk melahirkan pelajar yang dinamik untuk kekal berdaya saing di dalam dan luar negara.

Mutu dan kaedah pembelajaran pada masa kini yang diterapkan di sekolah dan universiti awam hendaklah dirangka agar mampu melahirkan graduan dan pelajar yang berkualiti dan memenuhi pasaran industri apabila mereka mula memasuki alam pekerjaan kelak.

Persediaan golongan pendidik dan pelajar mengharungi saat sukar akibat COVID-19

Perubahan yang drastik dalam suasana pembelajaran di Malaysia terjadi sejak penularan wabak COVID-19 dikalangan masyarakat setempat sehingga pihak kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Situasi panik yang berlaku dan diluar jangkaan semua memerlukan pihak kementerian yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan segera dalam memastikan kelangsungan sistem pembelajaran bagi semua pelajar yang terlibat.

Sebagai Pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam merasakan perubahan sistem pengajaran secara fizikal kepada pembelajaran secara atas talian sepenuhnya adalah perubahan yang perlu diterima dengan positif. Akibat kemelut penularan COVID-19 yang melanda negara sehingga kini, semua pihak yang terlibat perlu memainkan peranan dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan penggunaan medium pembelajaran sediaada secara Google Meet, Zoom, CISCO Webex dan lain-lain.

Sebelum pandemik COVID-19 merebak ke seluruh dunia, pensyarah di Universiti Awam juga telah mula mengorak langkah dalam menyahut cabaran transformasi digital menerusi kaedah penyampaian kuliah secara Massive Open Online Course (MOOC).

Artikel Berkaitan:

Kaedah pembelajaran maya ini membolehkan pelajar yang ingin mengikuti kursus yang ditawarkan di Universiti Awam dapat di ikuti juga oleh pelajar tempatan, malah kursus tersebut dapat juga ditawarkan kepada pelajar antarabangsa di luar negara tanpa perlu datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian mereka. Dunia tanpa sempadan membuktikan bahawa sistem pembelajaran secara formal didalam kelas lambat laun akan pupus dan generasi akan datang mula menerokai bidang pendidikan dalam pelbagai medium yang lebih menarik dan mencabar.

Kesediaan pihak kerajaan dan sektor swasta dalam membantu sekolah dan universiti awam bagi melengkapkan prasarana dan infrasktuktur agar penyediaan kemudahan yang bersesuaian untuk tujuan pembelajaran dapat dicapai. Dengan adanya sistem kemudahan internet dengan capaian pantas disetiap pelusuk tanahair dijangka mampu merealisasikan hasrat kerajaan dalam memajukan sistem pendidikan kearah yang lebih cemerlang.

Setiap pihak perlu memainkan peranannya yang tersendiri sebagai medium perubahan kearah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia menjadi lebih baik dan memberi manfaat kepada golongan pelajar dan pendidik.“Alah bisa, tegal biasa” merupakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang dialami oleh semua pelajar dan pendidik semasa Era COVID-19. Semoga kenangan manis mengendalikan sesi pembelajaran atas talian ini terpahat dalam ingat semua apabila wabak ini berakhir kelak.

*Sr. Ts. Siti Hafsah bt Zulkarnain ialah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi MARA