X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Pencemaran bau: LRA Rantau panjang dihenti tugas

Kemas kini di laman Facebook LUAS berhubung penutupan LRA Rantau Panjang petang ini.
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang telah dihenti tugas sebentar tadi susulan insiden pencemaran bau dikesan di muka sauk sekitar jam 7 petang.

Penutupan itu dimaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kemas kini di laman Facebook rasmi yang menyatakan pencemaran bau itu adalah seakan solvent dan dikesan dengan bacaan satu ton.

"Berikutan itu, LRA Rantau Panjang telah dihenti tugas pada jam 7.10 petang tadi," katanya.

Dalam pada itu, LUAS berkata, pihaknya bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!