Sultan Johor kurnia enjin bot kepada lima nelayan

Sultan Ibrahim (tengah), Asman (tiga dari kiri) dan lima nelayan yang menerima sumbangan enjin bot daripada Sultan Johor di pekarangan Istana Flintstones, Mersing hari ini.
Sultan Ibrahim (tengah), Asman (tiga dari kiri) dan lima nelayan yang menerima sumbangan enjin bot daripada Sultan Johor di pekarangan Istana Flintstones, Mersing hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, Mersing terharu apabila dikurniakan enjin bot oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengurniaan itu susulan permintaan mereka yang telah diutarakan ketika lawatan spontan baginda ke Pulau Aur pada 28 Oktober lalu.

Menurut seorang penerima enjin berkenaan, Hazran Harun, mereka semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Johor atas kurniaan enjin itu selepas mereka ajukan permintaan kepada baginda sebelum ini.

"Semoga tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan panjang umur," katanya selepas penyampaian enjin tersebut di pekarangan Istana Flintstones, Mersing hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman.

Artikel Berkaitan: