X

Kindly register in order to view this article
!

Pogba perlu kembali bersama Juventus

Aksi Pogba bersama United. - Foto SI.com
A
A

BINTANG Manchester United, Paul Pogba perlu kembali ke Turin dan beraksi bersama gergasi Serie A, Juventus sekiranya mahu kembali ‘gembira’ sebagai pemain bola sepak.

Perkara itu ditegaskan legenda Juventus Claudio Marchisio yang menyifatkan pemain Perancis itu juga perlu melupakan segala permasalahan yang dihadapinya di Old Trafford dan kembali bersama pasukan yang menjulangnya sebagai ‘bintang bola sepak’ hari ini.

Menurut Marchisio, Pogba yang melalui ‘detik sukar’ bersama skuad The Red Devils itu perlu meninggalkan pasukan berkenaan dan kembali gembira menjalani menjalani kehidupan dan juga kariernya sebagai sebagai pemain skuad The Old Lady itu.

“Pogba, tolonglah kembali ke Juventus dan anda akan kembali gembira. Saya juga akan gembira.

“Saya juga percaya Pogba akan kembali beroleh kegembiraan dengan kembali beraksi di Stadium Juventus,” katanya ketika membalas tweet daripada Pogba di satu laman sosial.

Pogba, pemain yang pernah membantu Perancis muncul juara dunia pada 2018 lalu dilihat sedang melalui ‘kesukaran’ di Old Trafford apabila sudah tidak lagi disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan dengan alasan penurunan prestasi.

Malah, Pogba diberitakan hanya beraksi dalam 11 perlawanan bersama United musim ini dengan enam daripadanya sebagai pemain gantian dan menyaksikan Bruno Fernandes diberikan tanggungjawab selaku pemain tengah menyerang bagi skuad The Red Devils itu.

Bagaimanapun Marchisio yang pernah melatih Pogba suatu ketika dahulu yakin pemain berusia 27 tahun itu akan kembali gembira dan menyinar jika kembali bersama Juventus.

Sementara itu pengendali skuad kebangsaan Perancis Didier Deschamps percaya kesukaran yang dihadapi Pogba telah menyebabkan pemain berkenaan tidak gembira berada di United sehingga menjejaskan aksinya ketika bersama skuad Les Bleus itu.

“Dia (Pogba) tidak berada pada prestasi terbaiknya dan saya mengetahuinya sebelum perlawanan dengan Finland di mana kita tewas 0-2.

“Perlawanan itu sebenarnya bertujuan untuk mengembalikan semula prestasinya ke tahap terbaik, tetapi saya percaya situasi semasa di United yang langsung tidak positif memberikan impak kepada persembahannya,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!