Pemain bola sepak wanita negara, Intan Serah kini sah pemain NYDLFC

Perkara itu dimaklumkan NYDLFC menerusi akaun Instagram pada Isnin yang berkata Intan telah ditandatangani untuk menyertai pasukan berkenaan. - Foto Instagram/@intanserah
Perkara itu dimaklumkan NYDLFC menerusi akaun Instagram pada Isnin yang berkata Intan telah ditandatangani untuk menyertai pasukan berkenaan. - Foto Instagram/@intanserah
A
A
A

PEMAIN sensasi bola sepak wanita negara, Intan Serah Anisah Zulgafli sah dilamar kelab bola sepak yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) iaitu New York Dutch Lions FC (NYDLFC).

Perkara itu dimaklumkan NYDLFC menerusi akaun Instagram pada Isnin yang berkata Intan telah ditandatangani untuk menyertai pasukan berkenaan.

"Berlaku sedikit penangguhan kerana visa yang dia perlukan dari kedutaan. Tetapi sekarang, itu semua telah diselesaikan dia boleh memulakan perjalanannya bersama kami! Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk memiliki anda Intan!" jelas kenyataan itu.

Nama Intan Serah, 24, bukanlah asing lagi dalam arena bola sepak dan futsal negara.

Beliau sebelum ini menjadi aset penting dalam pasukan wanita kebangsaan dan kali terakhir beraksi di Sukan SEA Vietnam tahun lalu.

Selain bidang sukan, Intan juga turut menceburi bidang lakonan, modeling, nyanyian dan juga seorang streamer. - Awani