Covid-19: Lapan kes baharu dikesan di Johor

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak lapan kes baharu jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan semalam, dengan lima kes daripada lima kluster sedia ada dan tiga kes daripada ujian saringan yang dijalankan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, sehingga kini Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan terdapat sebanyak 78 kes Covid-19 yang aktif.

"Jumlah kluster aktif di negeri itu kekal lima kluster iaitu Kluster Jeri, Kluster Meldrum, Kluster Bayu, Kluster Kempas dan Kluster Padang," katanya.

Beliau berkata, sehingga semalam, jumlah pelawat yang masuk melalui skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) seramai 2,319 dan 13,672 pelawat menggunakan pas Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

"Daripada jumlah ini, tiga kes positif Covid-19 telah dikesan di bawah skim PCA," katanya.

Bagaimanapun menurut Vidyananthan , secara umumnya, situasi Covid-19 di Johor terkawal.

"Peningkatan kes yang dilaporkan khususnya di daerah Kota Tinggi ekoran dari pencarian kes secara aktif dan aktiviti survelans yang dipertingkatkan oleh jabatan kesihatan negeri.

"Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Johor Bahru bermula 3 November selama 14 hari telah ditamatkan secara rasminya, semalam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai sentiasa mematuhi dan mengamalkan norma-norma baharu iaitu penjarakkan fizikal, pemakaian pelitup muka dalam mengekang penularan Covid-19.