X

Kindly register in order to view this article
!

210,000 penerima lulus rayuan BSH 2020

Bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya.
A
A

SHAH ALAM - Seramai 210,000 penerima lulus rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pembayaran tersebut bakal dimanfaatkan oleh 192,000 isi rumah dan 18,000 penerima bujang yang berumur 40 hingga 59 tahun dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231 juta.

Menurutnya, permohonan rayuan BSH 2020 itu telah dibuka antara 7 Ogos sehingga 6 September 2020 yang lalu bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

“Pemohon yang ditolak permohonannya sebelum ini telah dapat mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Lebih 250,000 permohonan rayuan telah diterima dan setiap daripadanya diverifikasi semula oleh LHDN dengan data terkini agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan.

“Pembayaran BSH 2020 sebanyak RM231 juta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak RM5 bilion melibatkan 4.5 juta penerima merangkumi 3.95 juta isi rumah dan 550,000 penerima bujang (40-59 tahun),” menurut kenyataan itu.

Katanya, semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat menerusi portal BSH, https://bsh.hasil.gov.my mulai 16 November 2020.

Bagi rayuan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan mulai 23 November 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!