Pembangkang mahu kualiti TV Pendidikan ditambah baik

Teo Nie Ching pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Teo Nie Ching pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang hari ini mahu kualiti dan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran menerusi Televisyen Pendidikan (TVP) ditambah baik.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) berkata, ini kerana selepas seminggu mengikuti program pembelajaran yang disiarkan menerusi televisyen itu apa yang boleh beliau simpulkan ia tidak memuaskan.

"Saya mengikuti jadual TVP dari 5 November hingga 12 November, lebih kurang satu minggu.

"Untuk Tingkatan Enam, hanya tiga subjek yang diajar iaitu Fizik selama 55 minit, Ekonomi 27.5 minit dan Sejarah 27.5 minit.

"Lagi teruk Tingkatan Dua, tiada mata pelajaran dalam saluran yang saya sebutkan berbanding sekolah rendah, Tahun Satu hanya satu subjek disiarkan iaitu Matematik 30 minit.

"Sepatutnya, satu minggu mereka boleh belajar Matematik selama 300 minit, tetapi dalam TVP kita hanya sediakan 30 minit," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nie Ching yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan menggesa supaya perkara itu ditambah baik dengan segera.

Katanya, langkah itu perlu bagi mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar susulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan untuk semua sekolah di negara ini bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: