X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Jeritan jiran selamatkan tiga beranak

Jeritan jiran menyelamatkan tiga beranak daripada menjadi korban dalam kebakaran yang berlaku di Felda Jengka 12 tengah malam tadi.
A
A

JENGKA - Jeritan jiran menyelamatkan tiga beranak daripada menjadi korban dalam kebakaran yang berlaku di Felda Jengka 12 tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, pasangan warga emas, Ibrahim Mat Diah,71, Jemilah Dris,70 bersama anak sulung mereka, Johari Ibrahim, 32 terselamat walaupun rumah mereka hangus dan kini tinggal sehelai sepinggang.

Anak bongsu pasangan tersebut, Asri Ibrahim, 26 berkata, ketika kejadian ahli keluarganya itu sedang tidur sebelum dikejutkan dengan jeritan yang mengatakan ada api daripada jiran mereka.

"Ayah, ibu dan abang keluar menyelamatkan diri menggunakan pintu belakang dan tidak sempat membawa keluar sebarang peralatan rumah atau dokumen. Mereka hanya sempat menyelamatkan sebuah kereta serta motosikal yang berada di luar rumah.

"Walaupun kesemuanya hangus dan musnah, namun saya bersyukur kerana ahli keluarga terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Keadaan rumah milik Ibrahim yang musnah akibat kebakaran tengah malam tadi.
Keadaan rumah milik Ibrahim yang musnah akibat kebakaran tengah malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud.

Hadir sama, Ketua Unit Komuniti Wilayah Jengka, Semsassom Abdullah, Penyelaras Masjid Gabungan Wilayah Jengka, Faizal Marjan dan Ketua Peneroka Jengka 12, Mat Jamin Mat Asin.

Mengulas lanjut, Asri berkata, ketika kejadian dia berada di Terengganu kerana bekerja di sana dan bergegas pulang ke Jengka selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya berhubung kejadian itu.

Katanya, bapanya masih trauma dengan kejadian itu dan menganggarkan kerugian yang dialami keluarganya kira-kira RM80,000.

Sementara itu, Razak memaklumkan selain bantuan kewangan yang dihulurkan, keluarga terbabit juga akan ditempatkan di rumah inap (homestay) milik Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jengka 24 buat sementara waktu.

Bagi mereka yang ingin meringankan beban keluarga ini sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank (156057562241) atas nama Jemilah Dris.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!