Van perantara LRT beroperasi esok

Van perantara LRT dalam tempoh percubaan akan mula beroperasi esok dalam tempoh percubaan selama enam bulan.
Van perantara LRT dalam tempoh percubaan akan mula beroperasi esok dalam tempoh percubaan selama enam bulan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Van perantara Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan T252 iaitu dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus melalui PPR Desa Rejang ke LRT Wangsa Maju akan beroperasi mulai esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, perkhidmatan dalam tempoh percubaan itu akan dilaksanakan selama empat bulan sehingga 16 Mac depan.

Menurutnya, sebanyak tiga unit van merah jambu dengan kapasiti 10 penumpang akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

"Sebelum ini, laluan berkenaan tidak dapat dilalui kerana ada jalan yang terlalu sempit.

"Kami berharap penduduk di sekitar laluan baharu ini dapat mencuba perkhidmatan bas serta memberikan maklum balas," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, segala maklum balas yang diterima akan dikumpulkan dan dianalisis bagi tujuan pertimbangan Prasarana Malaysia Berhad.

"Ia akan menentukan sama ada kemudahan ini akan meneruskan atau dikembangkan perkhidmatan van perantara ini pada masa hadapan.

"Kadar tambang yang dikenakan sebanyak RM1 melalui kaedah pembayaran pas tanpa had My30, Touch ‘N Go dan Kad Konsesi sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pelanggan digalakkan menggunakan aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk di https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk bagi mengetahui lokasi semasa van.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Rapid KL Helpline 03-7885 2585 atau melalui laman media sosial Rapid KL atau emel ke suggest@rapidkl.com.my.