Jenazah Zaleha selamat dikebumikan

Datuk Dr Zurin Adnan Abd Rahman kelihatan menyiram air pada pusara ibunya selepas bacaan talkin pada pengkebumian Allahyarham Zaleha yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Allahyarhamah Tan Sri Zaleha Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di sini pada 11.15 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah tiba di tanah perkuburan berkenaan kira-kira 10.45 pagi, setelah selesai dimandikan dan dikafankan serta disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di sini pada jam 10.30 pagi.

Majlis pengebumian itu dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan termasuk bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, namun tetap dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Shahrizat berkata, arwah Zaleha adalah seorang yang sangat baik hati dan menjadi sumber inspirasinya sewaktu mula-mula terlibat dalam dunia politik.

“Kak Leha bukan sahaja pemimpin wanita tapi pemimpin negara, sifat baik hatinya menjadikan dunia politik sangat indah dengan cara beliau menyelesaikan masalah dan menjayakan sesuatu.

“Kak Leha adalah legenda dan menjadi ikon bagi ahli Wanita UMNO hari ini,” kata bekas Ketua Wanita UMNO itu ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarhamah.

Shahrizat berbual dengan anak sulung Allahyarham Zaleha, Datuk Dr Zurin Adnan Abd Rahman selepas selesai pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, hari ini. - Foto Bernama
Shahrizat berbual dengan anak sulung Allahyarham Zaleha, Datuk Dr Zurin Adnan Abd Rahman selepas selesai pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, hari ini. - Foto Bernama

Zaleha meninggal dunia pada usia 84 tahun di sebuah hospital swasta di sini pada 8.15 malam tadi, setelah mengalami sesak nafas.

Artikel Berkaitan:

Allahyarhamah menjawat jawatan sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 serta Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun sama.

Beliau juga adalah Naib Ketua Wanita UMNO pada 1976 sehingga 1980 dan Ketua Wanita UMNO Kuala Lumpur pada 1977 sehingga 1978. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Zaleha Ismail meninggal dunia