Istiadat penganugerahan darjah kebesaran Pulau Pinang ditangguhkan

Law Choo Kian
Law Choo Kian
A
A
A

GEORGETOWN - Pulau Pinang menangguhkan Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini ke tahun depan.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, majlis yang dijadualkan pada 21 November ini ditangguhkan ke 16 Januari tahun depan.

Menurutnya, penangguhan itu dibuat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin lalu sehingga 6 Disember ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020 akan ditangguhkan berikutan pelaksanaan PKPB.

"Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas telah berkenan untuk menangguhkan majlis istiadat tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menjadualkan semula sembilan majlis rasmi di peringkat negeri bagi tahun ini susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia.

Tiga daripada majlis rasmi tersebut telah dibatalkan iaitu Majlis Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Ma'al Hijrah, Sambutan Hari Pahlawan dan Majlis Perhimpunan Ummah Sambutan Maulidur Rasul.

Artikel Berkaitan: