X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Kedah wujudkan kawasan bebas berniaga

Muhammad Sanusi (tiga, kiri) bercakap sesuatu kepada Radzian (tiga kanan) selepas melawat rumah mangsa yang terbakar di Kampung Alor Madi, Anak Bukit hari ini.
A
A

ALOR SETAR - Kedah membuat keputusan mewujudkan kawasan bebas berniaga kepada peniaga, penjaja statistik atau perniagaan kecil-kecilan di kawasan yang sesuai dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa 15 November ini.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan tersebut membabitkan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), Majlis Perbandaran Langkawi (MPL), Majlis Perbandaran Kulim (MPK) dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP).

Menurutnya, peniaga boleh merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada PBT yang terlibat berhubung lokasi berniaga terpilih atau yang dibenarkan pada Ahad ini.

"Peniaga dan penjaja dikehendaki memohon permit perniagaan sementara secara bulanan iaitu tidak secara kekal dan akan dikenakan caj sebanyak RM10 sebulan sahaja.

"Para peniaga hendaklah memastikan barang-barang perniagaan tidak ditinggalkan di kawasan tapak berniaga selepas melawat mangsa kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Alor Madi, Anak Bukit di sini hari ini.

Katanya, tempat yang dipilih juga hendaklah tidak mengancam keselamatan awam, tidak mengganggu lalu lintas dan peniaga perlu bertanggungjawab memastikan kebersihan di tapak perniagaan," katanya.

"Kerjasama Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT yang terlibat diperlukan bagi membuat pemantauan secara berkala supaya keadaan sekeliling berada dalam keadaan selamat dan bersih.

"Jika terdapat aduan daripada masyarakat sekeliling berkenaan tapak perniagaan, saya mengarahkan PBT mengambil tindakan dan seterusnya membatalkan permit perniagaan sementara yang diberikan,"katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sumbangan dari Pejabat Menteri Besar Kedah, Pejabat Exco Kebajikan Kedah dan Pas Kawasan Kuala Kedah diharapkan dapat meringankan beban keluarga Radzian Arshad, 51 dan Syarifah Bahariah Syed Noh, 73 yang terlibat dalam kebakaran petang semalam.

Menurutnya, pihaknya juga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan melalui prosedur operasi standard (SOP) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membantu memulihkan semula kehidupan mereka.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!