Hungary perketat maksud jantina dalam Perlembagaan

Parlimen Hungary dijangka menggubal Perlembagaan bagi mengetatkan lagi maksud ibu dan bapa dengan makna yang lebih terperinci. - Foto AFP
Parlimen Hungary dijangka menggubal Perlembagaan bagi mengetatkan lagi maksud ibu dan bapa dengan makna yang lebih terperinci. - Foto AFP
A
A
A

BUDAPEST - Hungary semalam mengetatkan maksud jantina dalam perlembagaan negara itu selepas meningkatnya penentangan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Satu draf pindaan perlembagaan telah dihantar ke Parlimen oleh Menteri Keadilan, Judit Varga yang mencadangkan supaya definisi ibu ialah seorang wanita dan bapa ialah seorang lelaki ditakrifkan sebagai maksud jantina.

"Hungary melindungi hak kanak-kanak untuk memperkenalkan diri menurut jantina mereka," kata draf tersebut.

Perlembagaan Hungary digubal semula sejurus selepas Perdana Menteri, Viktor Orban berkuasa pada tahun 2010.

Ketika ini, perlembagaan negara itu mentakrifkan 'institusi perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita'.

Cadangan pindaan tersebut iaitu yang kesembilan sejak tahun 2012 dibuat ketika sentimen anti-gay meningkat pada tahun ini.

Pada September lalu, sebuah buku cerita kanak-kanak yang mengandungi sebahagian karakter homoseksual telah dikoyak-koyak oleh seorang anggota politik di negara itu.

"Jangan ganggu kanak-kanak kita," kata Orban dalam satu temu ramah di radio selepas menganggap buku berkenaan sebagai satu tindakan provokatif.

Artikel Berkaitan:

Pada bulan Mei lalu, satu larangan bagi menukar jantina dilaksanakan di negara itu.

Ia sekali gus menyebabkan golongan yang sudah menukar jantina sukar untuk menyatakan jantina mereka dalam dokumen rasmi.

Kumpulan-kumpulan hak asasi berkata, tindakan itu menyebabkan golongan yang sudah menukar jantina berpotensi berhadapan dengan diskriminasi ketika mahu mendapatkan pekerjaan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan lain.

Dasar sosial Orban yang antiimigresen dan konservatif turut melibatkan satu arahan pada tahun 2018 yang melarang universiti daripada mengajar kursus mengenai jantina. - AFP