Empat remaja 16 tahun direman bantu kes rogol dua pelajar sekolah

Gambar hiasan. Gambar kecil: Anuar Othman
Gambar hiasan. Gambar kecil: Anuar Othman
A
A
A

IPOH - Empat remaja lelaki berusia 16 tahun dan seorang berusia 20 tahun direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan dua pelajar perempuan berusia 12 dan 15 tahun, 4 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, pihaknya menerima laporan Sabtu lalu yang mendakwa suspek yang masih bersekolah melakukan hubungan seks secara bergilir dengan kedua-dua mangsa di kawasan hutan berdekatan loji kumbahan di Taman Malar di sini.

Menurutnya, laporan yang dibuat ibu kepada salah seorang mangsa itu mendakwa, kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik telah membuat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan empat suspek terlibat.

"Seorang lagi suspek pula telah bertindak merakam perbuatan berkenaan menggunakan telefon bimbit.

"Susulan daripada laporan itu, polis berjaya mengesan kesemua suspek sebelum menahan mereka kelmarin," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman selama enam hari bermula 9 hingga 14 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: