Tiga zon kuning di Kelantan

Kota Bharu diisytiharkan sebagai zon kuning pandemik Covid-19 hari ini selepas Jeli dan Machang. - Foto 123RF
Kota Bharu diisytiharkan sebagai zon kuning pandemik Covid-19 hari ini selepas Jeli dan Machang. - Foto 123RF
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas Jeli dan Machang, hari ini Kota Bharu pula diisytiharkan sebagai zon kuning pandemik koronavirus (Covid-19).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, terdapat dua kes terbaharu Covid-19 di negeri ini pada hari ini.

“Ia membabitkan kes ke-185 (Mukim Kubang Gadong, Pasir Mas) iaitu kes saringan risiko luar negeri (Selangor) dan kedua pula kes ke-186 (Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu) merupakan saringan 'suspected case' (kes tempatan),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan pula memaklumkan tiada kes sembuh dan discaj dilaporkan di negeri ini hari ini.

Selain itu, menurut kenyataan itu, satu kes (kes 179) dari Mukim Labok Machang telah tamat tempoh 14 hari.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Masyarakat juga dinasihatkan supaya elak berada di kawasan yang sesak, sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat," kata kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: