Covid-19: 852 kes baharu dan 825 kes kes pulih hari ini


DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Selepas merekodkan bilangan kes harian empat angka sejak 3 November lepas, kes baharu Covid-19 di negara ini turun kepada tiga angka pada 852 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif positif Covid-19 di negara ini sebanyak 40,209 kes, manakala kes aktif pula sebanyak 11,689 kes.

Beliau berkata, sebanyak 825 kes pulih turut direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Daripada jumlah kes baharu itu, 839 kes adalah penularan dalam negara manakala 13 lagi merupakan kes import yang mendapat jangkitan di Indonesia sebanyak tiga kes, Arab Saudi (3), Nepal (2), Maghribi (1), Emiriah Arab Bersatu (1), United Kingdom (1), Turki (1) dan Korea Selatan (1).

"Kesemua kes baharu hari ini melibatkan kes-kes di Sabah sebanyak 524 kes, Selangor (136), Negeri Sembilan (104), Labuan (23), Pulau Pinang (18), Kuala Lumpur (11), Perak (7), Melaka (5), Kedah (3), Sarawak (2), Putrajaya (2), Kelantan (2), Johor (1) dan Terengganu (1)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sebanyak 286 kes.

Pada masa ini, katanya, terdapat 94 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 32 memerlukan bantuan pernafasan. - Bernama

Artikel Berkaitan: