Daging babi dilempar dalam surau

Adam menunjukkan lokasi dipercayai daging babi yang ditemui sebelum solat subuh di Surau Bukit Serkam pagi tadi.
Adam menunjukkan lokasi dipercayai daging babi yang ditemui sebelum solat subuh di Surau Bukit Serkam pagi tadi.
A
A
A

JASIN - Dua buah surau di Serkam, di sini, dicemari dengan penemuan objek dipercayai daging babi beserta nota di pekarangan surau berkenaan awal pagi tadi.

Dalam kejadian lebih kurang 5.00 pagi, insiden pertama itu disedari jemaah Surau Bukit Serkam yang datang ke surau tersebut sebelum solat subuh.

Penduduk Adam Abdullah, 65, berkata, ketika tiba di pintu pagar surau Bukit Serkam, dia melihat ketulan daging itu beserta dua kad manila yang bergulung sebelum memaklumkan kepada pihak surau.

Menurutnya, dia segera menghubungi Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

"Lebih kurang jam 7 pagi polis sampai dan tak lama selepas itu pihak surau melakukan proses mencuci dan samak.

"Lebih 10 tahun surau ini diwujudkan inilah pertama kali kes seumpama ini berlaku," katanya di sini tadi.

Dalam pada itu, lebih kurang jam 8 pagi, sebuah lagi surau di Ladang Serkam, iaitu Surau An Nur turut dikejutkan dengan penemuan daging seumpana itu oleh seorang pekerja pembersihan wanita di situ.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan telah mengambil tindakan pantas dengan mengarahkan anggotanya melakukan rondaan terutama di kawasan-kawasan rumah ibadat termasuk surau dan masjid untuk mencegah perkara itu berlaku dan kes disiasat dibawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

"Kita tidak mahu ada individu yang mengambil kesempatan dan dalam kehidupan bermasyarakat ini ia tidak patut berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan: