Sila log masuk terlebih dahulu.

PKPB: Melaka benarkan majlis akad nikah bersyarat

Majlis akad nikah perlu dilaksanakan dalam tempoh 20 minit sahaja termasuk bacaan khutbah dan lafaz taklik.
Majlis akad nikah perlu dilaksanakan dalam tempoh 20 minit sahaja termasuk bacaan khutbah dan lafaz taklik.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan majlis akad nikah diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok hingga 6 Disember depan.

Pengarahnya, Datuk Md Azhan Samat berkata, bagaimanapun majlis itu hanya dibenarkan dilaksanakan di masjid kariah masing-masing yang berada dalam zon hijau sahaja atau di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Menurutnya, bagi kawasan terjejas sama ada dalam zon kuning jingga dan merah, segala urusan pernikahan hanya dibenarkan di PAID dengan menghadkan lapan orang menghadiri pernikahan tersebut.

"Mereka yang dibenarkan adalah wali, jurunikah, pengantin lelaki, pengantin perempuan, dua orang saksi, seorang wakil ahli keluarga pengantin lelaki, juga seorang wakil pengantin perempuan.

"Majlis itu perlu dilaksanakan dalam tempoh 20 minit sahaja termasuk bacaan khutbah dan lafaz taklik," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, sebarang pertukaran barang hantaran dan jamuan tidak dibenarkan pada majlis itu.

"Orang ramai juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk memakai pelitup muka serta penjarakkan fizikal," katanya.

Artikel Berkaitan: