Muhyiddin ucap tahniah kepada Biden

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Joe Biden atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Beliau dalam satu kenyataan berharap dengan perkembangan itu, Malaysia dapat menjalin hubungan yang lebih baik dengan AS.

Menurutnya, sebagai negara membangun, Malaysia sangat mementingkan hubungannya dengan AS.

“Malaysia berharap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama ini dengan AS di bawah Biden ketika masyarakat antarabangsa berusaha mengatasi banyak cabaran global termasuk kesan buruk daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

“Selamat berjaya saya ucapkan kepada presiden terpilih Biden dalam menjalankan tugas dan berharap dapat bertemu dengannya secara peribadi jika ada peluang," katanya.

Awal pagi tadi, Biden diisytihar sebagai pemenang selepas berjaya mengalahkan pencabar utamanya, Donald Trump apabila proses pengiraan undi dijalankan selama empat hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump 'You're fired', Biden kini Presiden AS

Bagaimana Biden tumbangkan Trump

Artikel Berkaitan:

Obama ucap tahniah kepada Biden, Harris