X

Kindly register in order to view this article
!

Bagaimana Biden tumbangkan Trump

Joe Biden
A
A

WASHINGTON - Calon Demokrat, Joe Biden memulakan perlumbaan menuju ke Rumah Putih dengan penuh bergaya apabila mendapat 187 undi elektoral dari District of Columbia dan 14 negeri yang menjadi kubu kuat parti Demokrat.

Biden dan Demokrat seperti biasa memulakan pecutan dengan 187 undi itu menerusi negeri yang menawarkan undi elektoral terbanyak iaitu California, 55 undi.

Turut menyumbang undi elektoral yang besar kepada Biden ialah New York yang memberikan beliau 29 undi.

Biden juga tanpa masalah menawan Colorado, Virgina dan New Hampshire pada malam kiraan undi 3 November lalu. Tiga negeri itu menawarkan 26 undi elektoral membolehkan pemimpin berusia 77 tahun itu mengumpul 213 undi elektoral.

Namun, lawannya Donald Trump juga ketika mula mengejar apabila menguasai negeri-negeri di kawasan tengah AS yang merupakan kubu kuat Republikan.

Trump juga menawan Texas yang memberikan 38 undi elektoral dan turut menang di Florida yang memberikan beliau tambahan 20 undi elektoral.

Bagaimanapun, Trump mula ketinggalan apabila memasuki kiraan undi di negeri panas dipanggil battleground states.

Biden yang mengekalkan kemenangan Demokrat di Minnesota sudah boleh membayangkan kemenangan beliau sebagai Presiden AS yang baharu apabila merampas battleground states seperti Michigan dan Wisconsin yang dikuasai Trump empat tahun lalu.

Tiga negeri itu memberikan Biden 36 undi membolehkan beliau semakin jauh di depan dengan 249 undi elektoral.

Biden turut menang di Maine dan Nebraska yang mengamalkan sistem pecahan undi elektoral tetapi memberikan Biden empat lagi tambahan undi kepada 253.

Sekali lagi, Biden membuatkan kem Trump semakin kecewa apabila merampas sebuah lagi negeri battleground Arizona yang membolehkan beliau memperoleh 264 undi elektoral.

Namun angka 264 untuk Biden dan 214 untuk Trump tersekat selama hampir tiga hari, apabila lima negeri panas lain iaitu Pennsylvania, Georgia, Nevada, North Carolina dan Alaska masih belum menamatkan kiraan undi.

Bagaimanapun, akhirnya Pennsylvania dan Nevada menjadi pelengkap kemenangan hebat Biden apabila membolehkan Biden mendapat 290 undi tengah malam tadi (waktu Malaysia).

ARTIKEL BERKAITAN:Trump 'You're fired', Biden kini Presiden AS

Obama ucap tahniah kepada Biden, Harris


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!