Polis maut kejar penjenayah: Empat suspek tiba di mahkamah

Keempat-empat suspek tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi ini.
Keempat-empat suspek tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga suspek lelaki dan seorang wanita yang menyebabkan konstabel polis maut dalam kemalangan ketika mengejar penjenayah di Jalan Kangkar Tebrau pada 1 November tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi ini.

Keempat-empat suspek tersebut yang bergari tiba pada jam 8.45 dengan menaiki kereta peronda (MPV) polis dan diiringi anggota polis masuk ke mahkamah.

Tiga pertuduhan akan dikenakan terhadap suspek ialah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Mereka juga dijangka akan dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, maut, manakala rakan setugas, Mohd Fadhirul Musa, 32, parah selepas kereta MPV polis dinaiki mereka terlibat kemalangan sewaktu mengejar sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Kangkar Tebrau.

ARTIKEL BERKAITAN: Konstabel polis maut ketika kejar penjenayah

Polis sedang lengkapkan kertas siasatan kes anggota polis maut

Artikel Berkaitan: