RM2 juta bantu pengusaha, guru tadika Selangor

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan RM2 juta bagi membantu kelompok pengusaha dan guru tadika melalui inisiatif Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian daripada yang terkandung menerusi Belanjawan Selangor 2021.

"Semenjak negara kita dilanda wabak koronavirus (Covid-19), sebanyak 2,039 buah tadika di seluruh negeri Selangor telah terjejas kerana terbatas operasi setelah Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan.

"Pengusaha tadika bukan sahaja tidak dapat menjana pendapatan sepenuhnya seperti sediakala malah mereka juga terpaksa menanggung kos tambahan untuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya hari ini.

Katanya, menyedari kesulitan yang dialami itu, kerajaan negeri membantu kelompok pengusaha dan guru tadika melalui inisiatif Bantuan Pengusaha dan Guru-Guru Tadika dengan peruntukan RM2 juta yang akan diagihkan pada tahun 2021.

"Ketahui bagaimana anda boleh manfaat dari Belanjawan Selangor 2021 dengan melayari amirudinshari.com/selangor2021," katanya.

Artikel Berkaitan: