Covid-19: SMK Jalan Kota Tinggi ditutup

SMK Jalan Kota Tinggi ditutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 13 November ini.
SMK Jalan Kota Tinggi ditutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 13 November ini.
A
A
A

KLUANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi ditutup berikutan terdapat pengesanan kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan warga sekolah terbabit.

Sekolah itu diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam hingga 13 November ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Saari berkata, guru sekolah berkenaan telah diarahkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian berdasarkan kesesuaian serta keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan itu.

"Penutupan sekolah dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan," katanya melalui surat arahan kepada Pengetua SMK Jalan Kota Tinggi di Kluang semalam.

Artikel Berkaitan: