Lima kluster baharu dikenal pasti

Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media situasi terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham bercakap pada sidang media situasi terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima kluster baharu koronavirus (Covid-19) dikesan di Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenali Kluster Sutera di Kota Kinabalu melibatkan dua kes indeks yang dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 2 November lepas.

Menurutnya, kluster kedua dikenal pasti sebagai Kluster Ria-30 yang dikesan di Tuaran, Sabah dan kes-kes dikenal pasti positif hasil saringan saringan komuniti sejak 2 November.

Katanya, saringan kontak rapat bagi kluster itu mengesan 11 lagi kes positif Covid-19 dan kesemua individu berkenaan dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Sepanggar.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Tamar yang merupakan kluster ketiga pula dikesan di Petaling, Selangor dengan saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 kes positif Covid-19.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Beliau berkata, kluster keempat membabitkan bukan warganegara dikenali Kluster Intan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 29 Oktober lepas," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Katanya, saringan kontak rapat kluster itu mengesan sembilan kes positif Covid-19, daripada sejumlah 98 individu yang disaring.

Artikel Berkaitan:

"Bagi kluster terakhir iaitu Kluster Danau, yang dikesan di Kuala Lumpur, sebanyak lapan kes positif dikenal pasti daripada sejumlah 82 individu yang disaring. Sejumlah 40 dikesan negatif manakala 34 individu lagi masih menunggu keputusan," katanya. - Bernama

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan

[LIVE] Sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia

Posted by Sinar Harian on Thursday, November 5, 2020