Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kampung Nipah lahirkan huffaz seawal usia 15 tahun

Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-10 Tahun 2019 Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi di Balai Islam Lundang, Bachok yang diadakan tahun ini.
Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-10 Tahun 2019 Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi di Balai Islam Lundang, Bachok yang diadakan tahun ini.
A
A
A

BACHOK - Kehebatan Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi Kampung Nipah di sini tidak dapat disangkal lagi apabila mampu melahirkan 12 pelajar khatam al-Quran seawal usia 15 tahun meskipun mengikut sukatan pembelajaran mereka hanya perlu menghafal hingga juzuk 18.

Pengetuanya, Maruan Mohd Yusoff berkata, berkat pembelajaran dan bimbingan tenaga pengajar selain usaha pelajar itu sendiri, seramai 156 huffaz berjaya dilahirkan sejak tahun 2012.

Menurutnya, maahad yang ditubuhkan sejak tahun 2009 dengan kokurikulum Yayasan Islam Kelantan dan tahfiz serta berasrama penuh itu hanya menawarkan pengajian kepada pelajar lelaki lepasan Tahun Enam.

MARUAN
MARUAN

“Biasanya setiap tahun,12 pelajar Tingkatan Tiga akan khatam hafazan walaupun mengikut sukatan semasa sepatutnya hingga juzuk 18 dan hanya pelajar yang mampu dibenarkan menghafaz hingga khatam dengan hasrat melahirkan generasi huffaz seramai mungkin pada masa hadapan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka menuntut ilmu di maahad berkenaan boleh membuat pendaftaran dengan menghubungi sekolah di talian 097787521 atau menggunakan link http://www.yik.edu.my/aplikasi/yik/maahad-kawalan.

Katanya, berikutan sambutan terhadap pengajian di maahad tersebut, pada 2021 pembelajaran untuk Tingkatan Empat akan dibuka bagi aliran Sains dan orang ramai boleh sama-sama membantu pembangunan di sini dengan menyalurkan sumbangan kepada Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz itu di akaun 553083022648 (Maybank).

Artikel Berkaitan: