Pesara ditipu lebih RM1.1 juta skim pelaburan emas

Lelaki berusia 60 tahun kerugian RM1,177,950 selepas menyertai skim pelaburan emas tidak wujud melalui seorang wanita warga Singapura. Gambar hiasan. - Foto 123RF
Lelaki berusia 60 tahun kerugian RM1,177,950 selepas menyertai skim pelaburan emas tidak wujud melalui seorang wanita warga Singapura. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

TAIPING - Seorang pesara warga emas kerugian RM1,177,950 selepas diperdaya dalam skim pelaburan emas yang tidak wujud semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mangsa merupakan lelaki berusia 60 tahun melabur melalui sebuah pelaburan dan berurusan dengan seorang wanita warga Singapura.

“Wanita itu dikenali mangsa di aplikasi dating 'Okcupid' yang menawarkan untuk melabur dalam pelaburan emas.

“Mangsa memasukkan wang secara berperingkat ke dalam lapan akaun yang diberikan suspek bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, warga emas itu menyedari ditipu ketika ingin membuat pengeluaran hasil keuntungan pelaburan kononnya mencecah AS2,712,447.41 di sebuah bank.

"Mangsa yang ingin menunaikan wang keuntungan tersebut telah diberikan satu resit transaksi kemasukan wang ke dalam akaun.

"Semakan mendapati tiada wang dimasukkan ke dalam akaunnya dan resit transaksi yang diberikan suspek juga palsu. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis," katanya.

Osman berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan: