MPT diminta arah pembekal makanan masuk ke Taman Semarak

Sinar Harian melaporkan sebahagian penduduk di Taman Semarak yang sedang menjalani PKPD kecewa berikutan kekurangan bekalan makanan di kawasan mereka sejak PKPD dikuatkuasakan Isnin lalu. Gambar kecil: Ir Shahelmey Yahya
Sinar Harian melaporkan sebahagian penduduk di Taman Semarak yang sedang menjalani PKPD kecewa berikutan kekurangan bekalan makanan di kawasan mereka sejak PKPD dikuatkuasakan Isnin lalu. Gambar kecil: Ir Shahelmey Yahya
A
A
A

KOTA KINABALU - Majlis Perbandaran Tawau (MPT) diminta mengarahkan pembekal makanan masuk ke kawasan Taman Semarak, Tawau, bagi menambah bekalan barang keperluan penduduk terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, beliau mengambil maklum berhubung video yang tular semalam mengenai senario yang berlaku di kawasan itu.

"Saya difahamkan mungkin timbul sedikit kekeliruan komunikasi berhubung prosedur operasi standard (SOP) terjadi di peringkat kawasan itu berkaitan kekurangan bekalan makanan.

"Bagaimanapun, Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah memaklumkan supaya pembekal masuk ke kawasan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ramai penduduk sudah kehabisan makanan'

Malam tadi, Sinar Harian melaporkan sebahagian penduduk di Taman Semarak yang sedang menjalani PKPD kecewa berikutan kekurangan bekalan makanan di kawasan mereka sejak PKPD dikuatkuasakan Isnin lalu.

Perkara itu diluahkan menerusi satu video berdurasi 1 minit 17 saat yang tular membabitkan sekumpulan individu yang berkumpul dan menunjukkan tulisan berhubung kesukaran mendapatkan bekalan.

Mereka merayu supaya dibenarkan membeli bekalan makanan di kedai berhampiran iaitu di kawasan Taman Semarak.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan keperluan penduduk Taman Semarak ditambah