X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Perang makin sengit tapi ramai masih degil

A
A

GELOMBANG ketiga penularan koronavirus (Covid-19) telah mewujudkan pelbagai rasa dalam kalangan rakyat. Takut, bimbang dan cemas setiap kali melihat peningkatan angka jangkitan dan kematian setiap hari.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 10,123 kes aktif dan 246 kes kematian dicatatkan sehingga kelmarin, manakala angka jangkitan terus meningkat sehingga jumlahnya pernah mencatat paras tertinggi iaitu 1,240 kes pada 26 Oktober lalu.

Berbeza dengan gelombang pertama dan kedua, penularan Covid-19 kali ini umpama satu peperangan sengit. Ia menyerang bertalu-talu tanpa rasa belas. Sama seperti perang konvensional, ia menjejaskan ekonomi dan menekan mental serta emosi rakyat.

Malah, virus berkenaan turut ‘mencederakan’ ramai bala tentera terdiri daripada petugas kesihatan negara yang dipimpin Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam peperangan konvensional, tentera sentiasa berhati-hati kerana peluru tidak bermata. Namun, dalam peperangan menentang Covid-19, tentera kesihatan berhati-hati kerana musuh hadir tanpa kelibat mahupun bayang.

Peperangan menjadi lebih sukar apabila musuh tanpa kelibat daripada gelombang ketiga itu adalah jenis yang bermutasi dan sukar dikenal pasti kehadirannya, malah cepat merebak dan tidak meninggalkan gejala.

Rakyat kini tidak mampu berbuat apa-apa kerana serangan Covid-19 terus sengit. Mereka hanya bergantung semata-mata kepada Tuhan dan menjadikan pelitup muka, cecair pembasmi kuman serta penjarakkan sosial sebagai perisai melindungi diri daripada Covid-19.

Namun, tidak semua perspektif rakyat terhadap gelombang ketiga Covid-19 sama. Ada segelintir yang menganggap ia tidak menjejaskan kehidupan mereka, sekali gus menggambarkan diri mereka kebal daripada jangkitan.

Buktinya, mereka masih tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakkan sosial, berkumpul di tempat awam dan melakukan banyak pergerakan dalam tempoh satu hari. Sedar atau tidak, tindakan mereka itu secara tidak langsung telah menyukarkan perang menentang ancaman Covid-19.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!