Amirudin menghadap Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Istana Bukit Kayangan di sini semalam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Menteri Besar Selangor itu, Amirudin difahamkan menghadap Baginda bagi menyembah maklum perkembangan semasa di Selangor.

"Menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

"Menyembah maklum perkembangan semasa di Selangor mengenai ekonomi, usaha menangani koronavirus (Covid-19) serta sidang Dewan Negeri yang akan bermula dengan pembentangan Belanjawan 2021 pada hari Jumaat ini," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik semalam.

Katanya, beliau menjunjung kasih Sultan Selangor atas keprihatinan terhadap keadaan dan situasi semasa melibatkan ekonomi dan wabak Covid-19 yang dihadapi oleh seluruh rakyat Selangor ketika ini.

"Kasih sayang Tuanku ke atas rakyat jelata menjadi inspirasi buat pentadbiran ini untuk sentiasa berikhtiar demi rakyat dan negeri," katanya.

Artikel Berkaitan: