X

Kindly register in order to view this article
!

Ketepikan perbezaan politik, sokong Belanjawan 2021

Syed Agil Alsagoff
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin parti politik lain wajar berunding mengenai pembentangan Belanjawan 2021 supaya pembentangan diteruskan untuk kesejahteraan rakyat.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Syed Agil Alsagoff menyarankan semua ahli Parlimen mengetepikan perbezaan politik dan menyokong Belanjawan Negara.

"Parti kerajaan mahu pun pembangkang harus faham pembentangan dan kelulusan belanjawan kali ini sangat kritikal dan boleh menyebabkan risiko peruntukan kerajaan terjejas jika gagal memperoleh sokongan.

"Seharusnya semua parti politik bersikap lebih matang dengan memberi keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding prinsip perjuangan politik kepartian.

"Tumpuan seharusnya diberikan kepada strategi dan tindakan perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen amat penting kepada rakyat bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19) dan memulihkan ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Syed Agil berkata, titah Yang di-Pertuan Agong supaya mengurangkan politiking dan membina jaringan ukhuwah sesama parti politik kerajaan atau pembangkang juga harus dihormati semua pihak.

Dalam masa sama katanya, kerajaan dan pembangkang perlu bersama rakyat dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 untuk pulih ekonomi

Belanjawan 2021 penentu kerajaan PN kekal atau tidak


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!