X

Kindly register in order to view this article
!

Exco Kedah kembali bertugas selepas sembuh Covid-19

Exco Kedah, Azman Nasruddin sudah seminggu dibenarkan keluar dari wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan sudah memulakan tugas sejak beberapa hari lalu.
A
A

SUNGAI PETANI - Exco Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasruddin sudah memulakan tugas rasminya semula selepas sembuh daripada jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu, sudah seminggu beliau dibenarkan keluar dari wad Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan memulakan tugas sejak beberapa hari lalu.

"Alhamdulillah, saya telah kembali bertugas beberapa hari lalu dan semalam menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Nelayan di Tasik Gubir, Sik mewakili menteri besar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Azman Nasruddin
Azman Nasruddin

Dalam majlis yang dihadiri 40 nelayan semalam, Azman menyerahkan sumbangan pukat dan beg makanan serta jaket keselamatan bagi kegunaan nelayan menangkap ikan.

Sinar Harian, sebelum ini melaporkan Azman yang baharu pulang dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco Kedah positif Covid-19 dituntut letak jawatan: AMK

Desakan Exco letak jawatan hanya serangan politik peribadi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!