Muhyiddin jumpa Menteri Besar, Ketua Menteri esok

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bertemu dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di Putrajaya, esok.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung pertemuan itu namun difahamkan ada kaitan mengenai langkah kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob disahkan akan menghadiri perjumpaan tersebut.

Pengesahan itu dibuat menerusi pegawai media beliau hari ini, bagaimanapun beliau tidak memaklumkan secara lanjut tujuan pertemuan tersebut.

Ahmad yang sepatutnya merasmikan Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan 2019/2020 juga dijangka diwakilkan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: 100 ahli akademik tandatangan petisyen tolak darurat

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: