Warga Singapura direman disyaki rasuah pegawai Imigresen

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah sebuah syarikat swasta direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitkan jumlah RM100.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Mahkamah Majistret Johor Bharu, Faridatul Farrah Mohd Shukri.

Lelaki berusia 43 tahun dan merupakan warga Singapura ditahan di pejabat SPRM di Kempas di sini pada jam 3.50 petang semalam.

Dia cuba memberi wang rasuah kepada seorang pegawai penguat Kuasa Imigresen untuk membenarkannya masuk semula Malaysia dengan menggunakan Program Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) tanpa perlu melalui tempoh kuarantin 14 hari di Singapura seperti ditetapkan dalam program RGL.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah syarikat cuba rasuah masuk Malaysia tanpa kuarantin

Artikel Berkaitan: