Sila log masuk terlebih dahulu.

Charles Santiago mohon kerajaan kurangkan kos saringan Covid-19

Tangkap layar ciapan Charles di Twitter beliau hari ini mengenai permohonan pengurangan kos ujian saringan Covid-19.
Tangkap layar ciapan Charles di Twitter beliau hari ini mengenai permohonan pengurangan kos ujian saringan Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan dimohon untuk mempertimbangkan pengurangan kos ujian saringan koronavirus (Covid-19) di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dari RM150 ke RM50 bagi penduduk di kawasan yang merekodkan kes positif wabak itu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menerusi ciapan di Twitternya hari ini berkata, beliau telah menghantar surat permohonan pengurangan kos ujian saringan tersebut kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba semalam.

Beliau turut berkongsi kandungan surat bertarikh 21 Oktober 2020 itu yang mana salinan surat berkenaan turut dihantar kepada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Charles turut mengepilkan bersama salinan surat kepada Dr Adham bersama ciapannya di Twitter pada hari ini.
Charles turut mengepilkan bersama salinan surat kepada Dr Adham bersama ciapannya di Twitter pada hari ini.

Katanya, Dr Adham sendiri sedia maklum bahawa daerah Klang kini berada dalam Zon Merah penularan Covid-19 yang menjadikan rakyat panik dan bimbang akan keselamatan diri serta ahli keluarga mereka.

"Pejabat saya telah menerima makluman bahawa beberapa kawasan perumahan telah merekodkan kes positif Covid-19, namun timbul persoalan mengapa saringan tidak dilaksanakan secara menyeluruh kepada penduduk berjiran atau berdekatan untuk mengetahui status mereka.

"Malahan, penduduk mendapati mereka pula perlu menampung kos RM150 setiap seorang untuk saringan Covid-19 di hospital dan klinik kesihatan kerajaan," katanya dalam surat berkenaan.

Berikutan itu, beliau memohon Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan semula perkara tersebut bagi menjamin keselamatan rakyat, mengurangkan risiko jangkitan serta membantu meringankan beban kewangan bagi menjalani saringan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Justeru, bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Klang, beliau menyanjung tinggi perhatian yang diberikan Dr Adham dalam memastikan rantaian wabak berkenaan dapat ditangani secara bersama seterusnya dapat memutuskan rantaian penularannya.

Saya telah memohon Menteri Kesihatan agar mengurangkan kos saringan Covid 19 di Hospital Kerajaan dan klinik kesihatan kerajaan. @DrAdhamBaba @tzafrul_aziz pic.twitter.com/00acoAEI1q

— Charles Santiago (@mpklang) October 22, 2020