Lelaki maut kereta rempuh pokok

No Image Caption
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Persona dipandunya terbabas sebelum kemalangan di Jalan Besar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, dalam kejadian pada jam 7.45 pagi itu, mangsa, 29, yang memandu sendirian datang dari Jalan Masai menghala ke Jalan Perkeliling.

"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di sebelah kanan jalan.

"Akibat pelanggaran tersebut mangsa cedera pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru untuk bedah siasat.

Pihaknya sedang menunggu laporan sama ada mangsa memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: