Penceramah dari kawasan PKPB tak dibenar ceramah di masjid, surau

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Kerajaan Negeri Sembilan tidak membenarkan penceramah dan pentazkirah dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau kawasan yang mempunyai kluster aktif kes koronavirus (Covid-19) datang memberi ceramah di surau dan masjid di negeri berkenaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu diambil berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Covid-19 yang diadakan kelmarin.

"Ini termasuk penceramah, pentazkirah, guru takmir atau mana-mana individu yang menetap di negeri ini tetapi bertugas di kawasan yang melaksanakan PKPB atau kawasan yang mempunyai

kluster aktif Covid-19. Ia sebagai langkah tambahan selain yang dinyatakan sebelum ini dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, semua majlis pengajian ilmu yang menggunakan dewan, bilik kuliah serta ruang yang berkenaan di dalam kawasan masjid dibenarkan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pihak Berkuasa dengan jumlah kapasiti yang ditentukan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua aktiviti agama Islam khususnya di masjid dan surau boleh berjalan seperti sedia ada dengan mematuhi SOP selain mana-mana ceramah hendaklah mendapat kebenaran penganjuran Program dari Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, semua sektor ekonomi khususnya melibatkan kedai serbaneka dan kedai makan yang sebelum ini dibenarkan beroperasi hingga jam 2.00 pagi, disarankan untuk beroperasi sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja.

"Syor ini dicadangkan bagi mengawal dan menangani impak penularan wabak Covid-19 di Negeri Sembilan dengan menghadkan masa pergerakan masyarakat tanpa

Artikel Berkaitan:

menjejaskan perkembangan sektor ekonomi," katanya.

Terdahulu, di Negeri Sembilan setakat 20 Oktober 2020, terdapat seramai 45 pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di wad dan 296 orang dalam pemantauan (PUS) di tiga buah stesen kuarantin

Negeri Sembilan (Institut Aminuddin Baki, Akademi Audit Negara dan Malbatt Village, Port Dickson).