X

Kindly register in order to view this article
!

460 kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya

36 peratus daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ekoran henti tugas LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang semalam, telah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga 12 tengah hari tadi. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah 460 atau 36 peratus daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran semalam, telah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga 12 tengah hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, sebanyak 832 lagi kawasan yang terjejas, masih dalam proses pemulihan.

Menurutnya, wilayah Hulu Selangor mencatatkan peratus pemulihan tertinggi iaitu 88 peratus diikuti Kuala Selangor (77 peratus), Gombak (42 peratus), Petaling (37 peratus) dan Klang dan Shah Alam (tujuh peratus) manakala Kuala Langat dan Kuala Lumpur masih belum dapat dipulihkan.

“Pengguna disaran untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] 1.2 juta akaun pengguna di KL, Selangor terjejas bekalan air

Elina berkata, bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman web www.airselangor.com,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!