Gangguan bekalan air di Kedah

A
A
A
Penduduk setempat, Azam Mohd Adnan, 25, (kiri) menadah air untuk dibawa pulang berikutan tekanan air rendah di rumahnya di Taman Lembah Bujang, Merbok.

Penduduk yang menghadapi gangguan bekalan air menjadikan Air Mineral Loji Air Bukit Tupah yang disediakan oleh Syarikat Air Darul Aman di sini sebagai sumber bekalan air bersih bagi kegunaan harian.

Tinjauan di sini mendapati, orang ramai tidak putus-putus datang bagi mendapatkan bekalan air percuma ini terutama penduduk yang sering menghadapi gangguan bekalan air sekitar daerah Kuala Muda.