MB Selangor nafi sindir Ebit Lew

Berita palsu dikongsikan Amirudin di Facebook beliau hari ini.
Berita palsu dikongsikan Amirudin di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung usaha penceramah bebas, Ebit Lew yang membantu penduduk Pinggiran Batu Caves Gombak yang terjejas bekalan air semalam.

Menerusi Facebook rasmi beliau, Amirudin memaparkan laporan berita bertajuk 'Air Selangor: Situasi terkawal Ebit Lew jangan berlagak baik - MB' oleh sebuah portal yang didakwa sebagai palsu.

Dalam perkongsian sama, beliau turut berkongsi tangkap layar Facebook milik wartawan daripada portal berkenaan yang turut menafikan menulis artikel berkenaan.

"Kenyataan berikut adalah palsu. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penafian juga telah dibuat oleh wartawan Malaysiakini," tulis Amirudin di Facebook beliau hari ini.

Tangkap layar dengan wajah Menteri Besar Selangor itu dikongsi oleh pemilik akaun bernama Syafik Akram di laman Facebook Ebit Lew Supporters.

Terdahulu, tindakan Ebit yang membeli dua lori air untuk diagihkan kepada penduduk Pinggiran Batu Caves semalam menarik perhatian masyarakat yang kagum dengan keprihatinan pendakwah bebas itu.

Ebit berkata, beliau bersama kumpulannya mengagihkan air kepada penduduk di kawasan tersebut bermula jam 10 malam tadi hingga ke awal pagi hari ini.

"Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di sekitar pinggiran Batu Caves.

Artikel Berkaitan:

"Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di luar sana sekitar PPRT.

" Ya ALLAH. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan," kongsinya di Facebook beliau hari ini.

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan...

Posted by Ebit Lew on Monday, October 19, 2020